Perangkap Mental

Asmkm dan salam sejahtera..
Kali ini saya berkata tentang perangkap mental. Anda berada di dalamnya kini, tiap hari tanpa Anda sedari.
Bila Anda melihat orang-orang yang telah berjaya, apa respon yang timbul dalam kepala Anda?
Adakah Anda bangga melihat mereka? Adakah Anda menganggap mereka tu bertuah?
Ramai orang yang saya lihat menganggap orang yang berjaya ni bertuah. Mereka kata dia bertuah sebab nasib menyebelahi dia dan menganggap bahawa orang yang berjaya ni ada bakat tersendiri.
Sebenarnya, jika kita teliti dengan lebih dekat, bakat yang ada pada mereka tu adalah kebolehan untuk menggerakkan diri mereka sendiri dalam mengambil tindakan. Orang-orang yang berjaya ni tak perlu dipaksa-paksa dan tak perlu di suruh-suruh untuk melakukan apa yang sepatutnya. Diorang cari sendiri apa yang perlu dilakukan.
Mereka bukan hanya berfikiran postif, tapi bertindak positif. Mereka berani mengorak langkah, gagal dan takut gagal, diletak kat tepi. Anda bagaimana?
Takde bezanya Anda dan saya dengan orang-orang yang berjaya ni dari segi biologi. Jumlah neuron yang ada dalam otak dia sama dengan yang ada dalam otak kita. Dia sama juga, makan nasik macam kita, tidur macam kita bahkan orang Melayu seperti kita.
Bakat yang ada pada mereka boleh dikembangkan oleh sesiapa sahaja di antara kita. Semua kita ada bakat, ada peluang yang sama untuk menjadi cemerlang dan berjaya dalam apa jua bidang yang kita ceburi, tak kira usahawan ke, pelajar ke, pekerja ke, CEO ke mahupun atlit.
Kita semua ada potensi bakat yang sama, ilmu pengetahuan yang sama. Heran juga, kebanyakan daripada kita meletakkan standard sendiri dalam mengejar kejayaan seperti mereka yang dah berjaya ni, merasakan kita tak seberapa bagus seperti mereka.
Banyak alasan yang pernah saya dengar, antaranya takde kelulusan, tak tahu komputer, tak tahu pekebendanya Internet tu, tak tahu Bahasa Inggeris, malas, selesa ngan gaji yang sedia ada, takut usaha menemui kegagalan dan seribu satu lagi alasan yang lain.
Inilah dia “mental trap” atau perangkap mental yang saya maksudkan.
Kita sendiri yang meletakkan had untuk diri kita. Kita terperangkap dalam pemikiran yang kecil.
Kita terperangkap dalam dunia yang kita sendiri. Kita sendiri yang menganggap diri kita ni tak ada kebolehan dan tak setanding dengan mereka yang dah berjaya. Kita menghina-hina diri sendiri dan merasa tak layak menjadi seperti mereka.
Jangan berfikiran begitu. Memang mereka ni telah berjaya… tapi..
Why not jadikan mereka idola Anda? Kenapa tidak contohi attitude dan semangat juang mereka? Mengapa tidak Anda kaji bagaimana mereka boleh berjaya?
Dari apa yang saya teliti, orang-orang yang berjaya ni ada “pattern” atau corak kejayaan yang hampir sama. Walaupun mereka berbeza dalam bidang masing-masing, tapi mereka sama dari segi semangat, mind setting, penerimaaan diri sendiri, kebolehan mengenal pasti peluang dan kreativiti.
Apa yang Anda perlu lakukan, cari “pattern” ni dan tiru, pelajari ia dan aplikasikan untuk kegunaan diri Anda sendiri. Cari seseorang yang Anda anggap telah berjaya dan ikut caranya, stailnya dan disiplin dirinya.
Mereka yang dah berjaya ni sudah tentu menggunakan mind setting tertentu, strategi tertentu dan teknik tertentu untuk mencapai matlamat mereka. Anda hanya perlu menjadi seperti diri mereka dalam mengejar matlamat Anda pula.
Jika idola Anda Irfan Khairi, cari sebanyak mungkin maklumat mengenai Irfan Khairi, selidiki, lalu tuliskan satu persatu. Kalau boleh lekat di mana saja yang Anda boleh nampak tiap hari.
Laaaagi bagus, cari gambar Irfan Khairi dan letak di mana saja yang Anda boleh nampak bila-bila masa tiap hari, time kerja, time lepas bangun, time surf Internet, time menaip bahkan time makan!
Kemudian, serap ciri-ciri yang ada pada dirinya langkah demi langkah untuk menjadi “habit” Anda, perangai Anda, tabiat Anda, pe’el Anda.
Kita manusia ni memang makhluk yang berperangai, yang ada tabiat (behaviour), jika kita buat sesuatu berulang kali, ia akan jadi tabiat kita, perangai kita, pe’el kita.
Kalau kita rajin mengikut ciri-ciri ni semua, ia dalam masa yang singkat menjadi tabiat diri kita walaupun kita tak pernah jumpa orang tu.
Unsur-unsur luar boleh digunakan untuk memprogram minda anda dan diri Anda. Anda boleh menjadi apa saja, jika Anda beritahu minda Anda apa yang Anda mahu jadi. Lihat saja pelakon, mereka boleh jadi apa saja yang mereka mahukan.
Caranya, pelakon-pelakon ni cari, selidiki dan kaji watak yang diberikan pada mereka, mencari “feel” watak tu, mood yang diperlukan, pergerakan, teknik pernafasan, mind setting watak dan tabiat perilaku watak tu yang dilakokankan oleh mereka.
Selepas itu, bila dah jumpa semuanya, mereka Akan memprogram diri mereka serta minda mereka untuk menjadi seperti watak dalam skrip tu sepenuhnya.
Bahkan, mereka rajin berlatih, supaya ia diserap menjadi tabiat diri mereka secara semulajadi bukan yang nampak “keras” dan dibuat-buat. Yang peliknya, diorang tak pernah jumpa orang yang ada watak sebegitu, tapi mereka wujudkan ia dalam minda mereka.
Jika wataknya seorang pencuri, maka pelakon tu akan jadi seperti seorang pencuri, mukanya bertukar jadi yang ganas, suaranya jadi keras, mind settingnya bertukar jadi jahat, perangainya yang suka mencuri, pemikirannya yang sentiasa memikirkan apa lagi benda yang mahu di curi dan dia jadi segalanya yang berkaitan dengan karier seorang pencuri.
Dia meniru corak pemikiran dan corak kejayaan (success patteran) bagi seorang pencuri. Bila dia tak nak jadi pencuri dan time berlakon dah habis, dia berhenti berlakon jadi seorang pencuri. Bila nak berlakon semula, dia jadi “pencuri” lagi.
Mereka, pelakon-pelakon ni melakukan hal ini dah banyak kali, dah bertahun-tahun. Untuk melakukan itu, mereka terlebih dahulu menguasai kemahiran mengawal emosi, mimik muka, pergerakan badan, kadar pernafasan, suara, tanggapan dan pemikiran.
Sebab itu, kebanyakan pelakon pandai mengawal emosi dalam kehidupan mereka.
Begitu juga halnya dengan usahawan, student, pekerja, CEO dan golongan marhaen. Anda boleh jadi sesiapa sahaja, dengan membayangkan watak yang mahu ditiru seakan-akan Anda melihatnya sedang berada di depan Anda bagaikan sebuah kaca tv. Kemudian, ikut segala apa yang dia buat.
Point di sini, tak perlulah kita rasakan mustahil untuk mengecap kecemerlangan. Dalam apa jua bidang, Anda boleh menjadi cemerlang jika Anda sanggup melakukan apa yang telah dilakukan oleh orang-orang yang cemerlang sebelum Anda.
Tahap kecemerlangan yang mahu dicapai tu, Anda sendiri yang tentukan. Model yang Anda mahu, terpulang pada Anda.
Selain Irfan Khairi, mungkin Anda mahu jadi seperti Azizi Ali, Gobala Krishnan, Liew CF, Dr Tuah Iskandar, Dr Fadzillah Kamsah atau mahu jadi seperti ayah Anda sendiri. Bagi saya, Rasulullah s.a.w. serta bapa dan mak kita adalah idola yang paling utama.
Jadi, Anda perlu keluar dari perangkap mental.
Bak kata slogan Adidas, “Impossible Is Nothing”.. tiada apa yang mustahil. Ia mustahil kerana kita dah anggap ia mustahil.
Bahkan, rasa mustahil tu wujud dalam kepala kita. Buat apa yang kita rasa mustahil tu? sudah tentu belum.
Adakah pencapaian Irfan Khairi menjadi jutawan Internet pada umur semuda 25 tahun tu mustahil? Dari apa yang saya baca, dia dah mula set mindanya ke arah menjadi jutawan pada umur 18 tahun lagi dan dia mendalami psikologi kejayaan selama 8 tahun.
Dia ada banyak ilmu-ilmu kejayaan. Dia tahu segalanya tentang minda dan dia telah menggunakan keajaiban minda untuk mencipta kejayaan untuk dirinya sendiri, sebab itu dia jadi jutawan Internet dalam umur muda, sebab dia meniru profail dan mind setting jutawan-jutawan sebelumnya melalui pembacaan, penelitian dan pengkajian.
Tak ramai di antara kita yang sanggup menjadi seperti Irfan Khairi.
Tak ramai yang mampu bangkit dari kegagalan yang asyik menimpa, bermula dari bawah dan bekerja keras mencapai matlamat, tak kira lah nak jadi jutawan Internet ke, jutawan hartanah ke mahupun apa-apa “wan” lagi. Minda mereka “terperangkap” dalam rangka pemikiran mereka sendiri, sebab itu mereke menganggp ia mustahil.
Untuk Anda, saya tahu Anda ada matlamat sendiri. Anda ada sesuatu yang mahu dicapai.
Jika kita melakukan apa yang orang-orang berjaya tu lakukan, kita juga mampu mencapai tahap yang sama. Ada satu rahsia saya.. baca baik-baik..
Saya tak percaya pada fikiran positif ! Terkejut?
Saya hanya percaya pada kecerdikan minda yang tak terhad dan kesan dari tindakan positif.
Saya lebih menumpu pada tindakan positif, kerana berfikiran positif sahaja tak seberapa cukup buat saya.
Saya tak percaya pada Law Of Attraction, tapi saya percaya pada kesan bila mengaplikasikan Law Of Attraction.
Saya tahu ia Law Of Attraction tu wujud, tapi, setakat tahu dan percaya tak berapa berkesan buat diri saya, untuk membuktikan kepercayaan saya, tindakan segera perlu saya buat.
Saya percaya bila melatih fikiran untuk fokus pada sesuatu, saya boleh membuat ia muncul untuk diri saya. Kemudian, saya berserah pada Yang Maha Esa setelah berusaha sehabis baik.
Bila, itu terserah pada alam semesta. Tugas saya hanya berusaha, buat apa yang dirasakan perlu dan yang dirasakan betul.
Anda boleh melakukan perkara yang sama. Ia berkesan untuk saya dan orang-orang sebelum saya, jadi, ia boleh memberi kesan yang sama pada Anda.
Mula hari ini juga !


 Source: iMotivasi 

0 comments:

Post a Comment