Penggulungan Persidangan Pentadbiran Tahun 2009

TAHNIAH !! Kejayaan membantu semua organisasi di Manipal membuahkan hasil..... SELAMAT TINGGAL 2009...kenangan ini yang tidakkan dilupakan


Assalamualaikum dan Salam Hormat.

Adapun dirgahayu sebuah empayar yang unggul berlabuh dengan hanya sebuah istana dan kerajaan nya, tatkala usaha gigih dan cabaran kental tekun dihadapi, tatkala segala onak duri datang dirasai penuh kesabaran dan keiman maka sesungguhnya besarlah jiwa dan tenaga dan pemikiran negara yang berdaulat.

Wacana sang suria memberi nikmat tenaga dan ilham kepada mereka yang berusaha bersungguh-sungguh, kita percaya, bermulanya kejayan adalah ketika langkah pertama dibuka, sedikit demi sedikit kejayaan itu diberi pengiktirafan sebagai kedaulatan dan kebijaksanaan.

Mentari Pagi mengembangkan sinar menyuluh kegelapan pagi. Gelombang Nafiri Delima bagaikan melambai-lambai tentera-tentera yang bersungguh-sunguh menuntut ilmu kekebalan dalam perubatan. Burung-burung nuri berkicaun menyanyikan lagu alam. Cahaya disebalik celah-celah daun ketapang meberi peringatan perkara lepas, perkara sekarang dan perkara akan datang.

Mentari pagi mengembangkan sayapnya tatkala kegelapan lari membawa kesunyian. Pagi yang penuh kabus amat sejuk dengan embun pagi gugur ke tanah. Angin Bukit Kecelakaan bertiup permai menerbangkan daun-daun kering di atas pusara kekalahan. Sesungguhnya sebuah empayar bukanlah kebal dari melakukan kesilapan, tatkala itu universiti kehidupan mengajar kita erti kesinambungan.

Akhiran madah bicara, tahun ini mengajar kita erti persahabata, erti pemikiran kreatif, erti usaha keras, dan erti kesabaran. Sesungguhnya masa hadapan masih berliku-liku dengan cabaran dan dugaan. Semoga tahun 2010 menjadi landasan kecemerlangan gemilang dan diberkati.

Hak Cipta Terpelihara: EMPIRE MAHARAJA 2009

0 comments:

Post a Comment