Study la wei!

Teguran dari mata yang memandang

Salam semua, ni adalah email yang saya post di group perubatan mesir tapi tidak disiarkan. Bila anda baca post nih baru anda tahu kenapa tak disiarkan, biasalah, benda yang benar dan pahit ni memang tak boleh diterima orang, namun saya siarkan semula, berpijak pada bumi nyata, berfikirlah secara bijaksana.

Salam semua, tidak lambat untuk menyatakan di sini selamat hari raya, semoga segala salah dan silap, terlaser sana sini secara sedar atau tidak, dapat dimaafkan dan bermulanya lembaran baru bagi menghadapi tahun seterusnya sebagai pelajar perubatan.

Selamat menghadapi peperiksaan akhir bagi abang2 dan kakak2 yang sudah tentunya sedang bertungkus lumus ketika ini untuk menjamah saki-baki ilmu sebagai persediaan menghadapi peperiksaan akhir yang tentunya mencabar dari segi pengetahuan, psychology, kesihatan, rohani dan rezeki. Sama-sama kami doakan yang terbaik dan jejak langkah kejayaan abg2 dan kakak2 dapat kita ikuti.
Tahniah pula diucapkan kepada sahabat2 yang telah melalui tahun ini dengan mendapat kejayaan gemilang. Semoga kejayaan ini dalam keberkatannya dan memantapkan jati diri dengan sifat tawaduk dan zuhud.
Berbalik kepada niat utama email ini ditulis, semoga semua dapat menerima pandangan ini secara professional dan lekatkan dalam minda masing-masing.
System pembelajaran di Mesir agak berlainan berbanding tempat lain. We have to adapt at our best in order to survive.
Apabila terdengar berita ada sahabat-sahabat yang gagal naik tahun, adik-adik yang kena hantar balik malaysia, sedih hati bagi mana-mana senior yang mendengarnya.
Entah mana silapnya?Lalai? Asyik main DOTA? Tidur banyak? Tak pergi kuliah? Asyik berjalan ajer atau bawa kawan2 berjalan? Sibuk buat website perubatan? Ke sibuk nk berbini atau berlaki? Wallahu alam. Kita tak duduk sama dengan diorang maka hal sebenar tak diketahui. Hanya empunya diri mampu menilai diri sendiri.
Secara kasarnya cubalah disiplinkan diri masing-masing untuk komited belajar sikit. Ibu bapa dan ahli keluarga punyalah mengharap. Kalau tahun satu nak pergi mesir tu menangis-nangis ahli keluarga di klia nak melepaskan kita pergi berjihad kat Mesir ni. Dah sampai sini, lain pulak dibuatnya!!
Cuba belajar sungguh-sungguh waktu kuliah ni. Fokus kat study betul2. Biarlah orang nak cakap kita takde life pun. Kita sendiri yang menentukan makna life kita sendiri. Orang lain hanya pandai cakap ajer. Habuk pun tak ada. Kita hanya buat yang terbaik. Allah sukakan muslim yang kuat berbanding yang lemah. Jadi belajar betul2. Mantapkan ilmu kedoktoran kerana itu tujuan utama datang sini. Barulah Allah suka sebab kuat dari segi ilmu. Ini takut dicop “takde life” study pun less than 3 hours per day, luckily if study.

Bila belajar sungguh2, maka bila cuti nanti, cutilah sungguh2 juga. Tak nak pegang buku pun takper waktu cuti.
Ini time belajar, sibuk main, sibuk berpersatuan, sibuk politik sana sini, sibuk main game, sibuk nak bawa kawan oversea berjalan kat mesir, sibuk pulak nak dirikan rumah tangga, sibuk berfotografi dengan kamera nicon, sibuk buat blog dan website bla bla bla bla,maka focus dah hilang, study pun macam tak study. Apabila exam fail, kena reseat paper, orang lain cuti 3 bulan tak sentuh buku dan lepas pergi mana-mana, awak nak buat benda lain pun terhalang sebab sibuk kena study untuk subject yang kena reseat. Duit pun habis kena beli tiket flight extra sebab takde seat. Dah habis reseat, rehat seminggu dua, dah start kuliah balik untuk tahun seterusnya. Siapa yang bangang kat sini? Orang lain duk sibuk bercuti, otak fresh untuk start tahun seterusnya, awak sibuk belajar takut fail, belajar terus menerus pulak tu, maka cuti bukan cuti lah, orang lain buat attachment kat hospital, pergi FIMA, pergi beraya, jalan sana sini. Awak duk kat mesir mengadap buku time cuti.
Maka lain kali masa belajar buat cara belajar, maka masa cuti memang cuti. Hati senang bercuti. Result pun bagus.
Kita ambil perubatan, bukan perakaunan, bukan business, bukan art, bukan agama. Tak cukup ilmu salah diagnose, salah ubat, salah itu salah ini pesakit mati dalam tangan sendiri. Cubalah sedar sikit. Di Malaysia sangat competitive. The more u know the wiser u’ll be. NO boundaries for knowledge. Kalau tak cukup ilmu, buat silap, kena marah kat consultant, tak pun disaman patient, jangan salahkan orang lain, salahkan diri sendiri yang belajar macam tahi.
Ana cuma kasihan ada orang yang belajar sangat rajin, kuliah tak tinggal, tapi mungkin cara study dia salah atau berat mulut minta pimpinan yang lain, maka fail exam. Berbanding duduk dengan senior yang hebat2 kat arma tuh tak pun rumah-rumah lain, kelas pun bahasa inggeris , kemudahan semua cukup, tapi belajar main-main dan result mcm tahi.
Tahun satu sepatutnya paling mudah sebab pengenalan. Tahap kesukaran semakin meningkat setiap tahun, dan konsep tawakal memang sangat2 diperlukan. Ini subjek tahun satu, tahun 2 pun ada fail, ada yang biar lepas 2 subject ajer untuk membolehkan dia masuk tahun dua. Ada yang langsung tak pergi exam reseat paper langsung sebab tahun satu still boleh carry dua paper. Maka bercuti senang-lenang kat Malaysia, ni spesies budak perempuan. Aku nak tengok boleh naik tahun ke tak tahun berikutnya. Khasnya budak cairo university dan ain syams, namun tak terkecuali segelintir budak alex yg turut sama buat perangai mcm nih. Perangai buruk macam ni dah terjadi dalam dua tahun ni. Mereka ni ingat senior tak tahu agaknya. Ambil kisah tak kisah ajer. Itu belum kes meniru, tak berkat, I want to see u can survive or not in the real world.

Just do our best. Do what you can,with what you have, right where you are-result tu kemudian cerita, tu rezeki masing-masing . Saya percaya rezeki itu setimpal dengan usaha yang kita berikan kerana saya percaya Allah Maha Adil. Ini belajar bagai membuang batuk di tangga, pastu claim tak ada rezeki, berimankah dengan sifat Allah Maha Adil tu??

Maaflah mulut laser skit. Tapi kalau tak abang-abang kakak-kakak yang nasihat siapa lagi nak nasihat. Family semua tak ada kat sini. Cuba sedar diri sikit dan rancang perjalanan hidup dengan betul.

“Manusia yang hebat adalah manusia yang memikirkan bagaimana untuk menjadi hebat” Sukarno pernah berkata “bagi aku 10 pemuda, akan kugoncang dunia” –Sepatutnya usia muda-muda seperti kita nilah sepatutnya kita buat habis baik , gegarkan dunia dengan kejayaan Islam. Ini umur muda-muda, sihat tubuh badan, badan sasa-sasa, produktiviti tak ada. Bukan setakat berkempen sana sini bantu palestine, demonstrasi marah sana sini, blog tak luput-luput dengan boikot Israel, tapi ilmu dan kepakaran tak ada, bila-bila masa boleh dijentik Israel, can we be a little bit wiser? Shut ur mouth and start working!

-tolong post kat kawan-kawan lain supaya dapat dimanfaatkan--

How To Stop Limiting Yourself

no limit
There are many things that people do everyday that keep them from achieving their dreams. They may seem like small distractions, but when they are added up over the course of a day or lifetime. Much of the time the things in our lives that are limiting us are things that we are doing to ourselves and there are ways to stop this behavior.
• Stop negative self talk. If you are constantly putting yourself down or telling yourself that you are not good enough you need to stop this behavior. You should be your own best friend and cheerleader. Replace that negative talk with positive mantras. Tell yourself each and every morning how strong and capable you really are. Anytime you start to feel your resolve weaken, repeat your mantra to yourself over and over until you believe it.
• Make time for the things that are important to you. Only you can schedule the activities that will get you to your goals into your day. Make them just as high of a priority as any other appointment. Put them in your weekly schedule and hold yourself accountable for working on your goals during those times.
• If you do not have a weekly schedule, it may be time to start keeping one. Scheduling your time one day at a time is too short sided and scheduling a month in advance is too inflexible. This makes weekly scheduling idea. Use different color highlighters for different types of activities. Use on color for work, one color for family time, another for goal time.
• Decide what is really important. There may be times when you have to say no. When people ask you to commit to things that you do not want to do, it is time to find a way to politely say no. This can free you to pursue your goals.

 Source: Ineedmotivation

Perangkap Mental

Asmkm dan salam sejahtera..
Kali ini saya berkata tentang perangkap mental. Anda berada di dalamnya kini, tiap hari tanpa Anda sedari.
Bila Anda melihat orang-orang yang telah berjaya, apa respon yang timbul dalam kepala Anda?
Adakah Anda bangga melihat mereka? Adakah Anda menganggap mereka tu bertuah?
Ramai orang yang saya lihat menganggap orang yang berjaya ni bertuah. Mereka kata dia bertuah sebab nasib menyebelahi dia dan menganggap bahawa orang yang berjaya ni ada bakat tersendiri.
Sebenarnya, jika kita teliti dengan lebih dekat, bakat yang ada pada mereka tu adalah kebolehan untuk menggerakkan diri mereka sendiri dalam mengambil tindakan. Orang-orang yang berjaya ni tak perlu dipaksa-paksa dan tak perlu di suruh-suruh untuk melakukan apa yang sepatutnya. Diorang cari sendiri apa yang perlu dilakukan.
Mereka bukan hanya berfikiran postif, tapi bertindak positif. Mereka berani mengorak langkah, gagal dan takut gagal, diletak kat tepi. Anda bagaimana?
Takde bezanya Anda dan saya dengan orang-orang yang berjaya ni dari segi biologi. Jumlah neuron yang ada dalam otak dia sama dengan yang ada dalam otak kita. Dia sama juga, makan nasik macam kita, tidur macam kita bahkan orang Melayu seperti kita.
Bakat yang ada pada mereka boleh dikembangkan oleh sesiapa sahaja di antara kita. Semua kita ada bakat, ada peluang yang sama untuk menjadi cemerlang dan berjaya dalam apa jua bidang yang kita ceburi, tak kira usahawan ke, pelajar ke, pekerja ke, CEO ke mahupun atlit.
Kita semua ada potensi bakat yang sama, ilmu pengetahuan yang sama. Heran juga, kebanyakan daripada kita meletakkan standard sendiri dalam mengejar kejayaan seperti mereka yang dah berjaya ni, merasakan kita tak seberapa bagus seperti mereka.
Banyak alasan yang pernah saya dengar, antaranya takde kelulusan, tak tahu komputer, tak tahu pekebendanya Internet tu, tak tahu Bahasa Inggeris, malas, selesa ngan gaji yang sedia ada, takut usaha menemui kegagalan dan seribu satu lagi alasan yang lain.
Inilah dia “mental trap” atau perangkap mental yang saya maksudkan.
Kita sendiri yang meletakkan had untuk diri kita. Kita terperangkap dalam pemikiran yang kecil.
Kita terperangkap dalam dunia yang kita sendiri. Kita sendiri yang menganggap diri kita ni tak ada kebolehan dan tak setanding dengan mereka yang dah berjaya. Kita menghina-hina diri sendiri dan merasa tak layak menjadi seperti mereka.
Jangan berfikiran begitu. Memang mereka ni telah berjaya… tapi..
Why not jadikan mereka idola Anda? Kenapa tidak contohi attitude dan semangat juang mereka? Mengapa tidak Anda kaji bagaimana mereka boleh berjaya?
Dari apa yang saya teliti, orang-orang yang berjaya ni ada “pattern” atau corak kejayaan yang hampir sama. Walaupun mereka berbeza dalam bidang masing-masing, tapi mereka sama dari segi semangat, mind setting, penerimaaan diri sendiri, kebolehan mengenal pasti peluang dan kreativiti.
Apa yang Anda perlu lakukan, cari “pattern” ni dan tiru, pelajari ia dan aplikasikan untuk kegunaan diri Anda sendiri. Cari seseorang yang Anda anggap telah berjaya dan ikut caranya, stailnya dan disiplin dirinya.
Mereka yang dah berjaya ni sudah tentu menggunakan mind setting tertentu, strategi tertentu dan teknik tertentu untuk mencapai matlamat mereka. Anda hanya perlu menjadi seperti diri mereka dalam mengejar matlamat Anda pula.
Jika idola Anda Irfan Khairi, cari sebanyak mungkin maklumat mengenai Irfan Khairi, selidiki, lalu tuliskan satu persatu. Kalau boleh lekat di mana saja yang Anda boleh nampak tiap hari.
Laaaagi bagus, cari gambar Irfan Khairi dan letak di mana saja yang Anda boleh nampak bila-bila masa tiap hari, time kerja, time lepas bangun, time surf Internet, time menaip bahkan time makan!
Kemudian, serap ciri-ciri yang ada pada dirinya langkah demi langkah untuk menjadi “habit” Anda, perangai Anda, tabiat Anda, pe’el Anda.
Kita manusia ni memang makhluk yang berperangai, yang ada tabiat (behaviour), jika kita buat sesuatu berulang kali, ia akan jadi tabiat kita, perangai kita, pe’el kita.
Kalau kita rajin mengikut ciri-ciri ni semua, ia dalam masa yang singkat menjadi tabiat diri kita walaupun kita tak pernah jumpa orang tu.
Unsur-unsur luar boleh digunakan untuk memprogram minda anda dan diri Anda. Anda boleh menjadi apa saja, jika Anda beritahu minda Anda apa yang Anda mahu jadi. Lihat saja pelakon, mereka boleh jadi apa saja yang mereka mahukan.
Caranya, pelakon-pelakon ni cari, selidiki dan kaji watak yang diberikan pada mereka, mencari “feel” watak tu, mood yang diperlukan, pergerakan, teknik pernafasan, mind setting watak dan tabiat perilaku watak tu yang dilakokankan oleh mereka.
Selepas itu, bila dah jumpa semuanya, mereka Akan memprogram diri mereka serta minda mereka untuk menjadi seperti watak dalam skrip tu sepenuhnya.
Bahkan, mereka rajin berlatih, supaya ia diserap menjadi tabiat diri mereka secara semulajadi bukan yang nampak “keras” dan dibuat-buat. Yang peliknya, diorang tak pernah jumpa orang yang ada watak sebegitu, tapi mereka wujudkan ia dalam minda mereka.
Jika wataknya seorang pencuri, maka pelakon tu akan jadi seperti seorang pencuri, mukanya bertukar jadi yang ganas, suaranya jadi keras, mind settingnya bertukar jadi jahat, perangainya yang suka mencuri, pemikirannya yang sentiasa memikirkan apa lagi benda yang mahu di curi dan dia jadi segalanya yang berkaitan dengan karier seorang pencuri.
Dia meniru corak pemikiran dan corak kejayaan (success patteran) bagi seorang pencuri. Bila dia tak nak jadi pencuri dan time berlakon dah habis, dia berhenti berlakon jadi seorang pencuri. Bila nak berlakon semula, dia jadi “pencuri” lagi.
Mereka, pelakon-pelakon ni melakukan hal ini dah banyak kali, dah bertahun-tahun. Untuk melakukan itu, mereka terlebih dahulu menguasai kemahiran mengawal emosi, mimik muka, pergerakan badan, kadar pernafasan, suara, tanggapan dan pemikiran.
Sebab itu, kebanyakan pelakon pandai mengawal emosi dalam kehidupan mereka.
Begitu juga halnya dengan usahawan, student, pekerja, CEO dan golongan marhaen. Anda boleh jadi sesiapa sahaja, dengan membayangkan watak yang mahu ditiru seakan-akan Anda melihatnya sedang berada di depan Anda bagaikan sebuah kaca tv. Kemudian, ikut segala apa yang dia buat.
Point di sini, tak perlulah kita rasakan mustahil untuk mengecap kecemerlangan. Dalam apa jua bidang, Anda boleh menjadi cemerlang jika Anda sanggup melakukan apa yang telah dilakukan oleh orang-orang yang cemerlang sebelum Anda.
Tahap kecemerlangan yang mahu dicapai tu, Anda sendiri yang tentukan. Model yang Anda mahu, terpulang pada Anda.
Selain Irfan Khairi, mungkin Anda mahu jadi seperti Azizi Ali, Gobala Krishnan, Liew CF, Dr Tuah Iskandar, Dr Fadzillah Kamsah atau mahu jadi seperti ayah Anda sendiri. Bagi saya, Rasulullah s.a.w. serta bapa dan mak kita adalah idola yang paling utama.
Jadi, Anda perlu keluar dari perangkap mental.
Bak kata slogan Adidas, “Impossible Is Nothing”.. tiada apa yang mustahil. Ia mustahil kerana kita dah anggap ia mustahil.
Bahkan, rasa mustahil tu wujud dalam kepala kita. Buat apa yang kita rasa mustahil tu? sudah tentu belum.
Adakah pencapaian Irfan Khairi menjadi jutawan Internet pada umur semuda 25 tahun tu mustahil? Dari apa yang saya baca, dia dah mula set mindanya ke arah menjadi jutawan pada umur 18 tahun lagi dan dia mendalami psikologi kejayaan selama 8 tahun.
Dia ada banyak ilmu-ilmu kejayaan. Dia tahu segalanya tentang minda dan dia telah menggunakan keajaiban minda untuk mencipta kejayaan untuk dirinya sendiri, sebab itu dia jadi jutawan Internet dalam umur muda, sebab dia meniru profail dan mind setting jutawan-jutawan sebelumnya melalui pembacaan, penelitian dan pengkajian.
Tak ramai di antara kita yang sanggup menjadi seperti Irfan Khairi.
Tak ramai yang mampu bangkit dari kegagalan yang asyik menimpa, bermula dari bawah dan bekerja keras mencapai matlamat, tak kira lah nak jadi jutawan Internet ke, jutawan hartanah ke mahupun apa-apa “wan” lagi. Minda mereka “terperangkap” dalam rangka pemikiran mereka sendiri, sebab itu mereke menganggp ia mustahil.
Untuk Anda, saya tahu Anda ada matlamat sendiri. Anda ada sesuatu yang mahu dicapai.
Jika kita melakukan apa yang orang-orang berjaya tu lakukan, kita juga mampu mencapai tahap yang sama. Ada satu rahsia saya.. baca baik-baik..
Saya tak percaya pada fikiran positif ! Terkejut?
Saya hanya percaya pada kecerdikan minda yang tak terhad dan kesan dari tindakan positif.
Saya lebih menumpu pada tindakan positif, kerana berfikiran positif sahaja tak seberapa cukup buat saya.
Saya tak percaya pada Law Of Attraction, tapi saya percaya pada kesan bila mengaplikasikan Law Of Attraction.
Saya tahu ia Law Of Attraction tu wujud, tapi, setakat tahu dan percaya tak berapa berkesan buat diri saya, untuk membuktikan kepercayaan saya, tindakan segera perlu saya buat.
Saya percaya bila melatih fikiran untuk fokus pada sesuatu, saya boleh membuat ia muncul untuk diri saya. Kemudian, saya berserah pada Yang Maha Esa setelah berusaha sehabis baik.
Bila, itu terserah pada alam semesta. Tugas saya hanya berusaha, buat apa yang dirasakan perlu dan yang dirasakan betul.
Anda boleh melakukan perkara yang sama. Ia berkesan untuk saya dan orang-orang sebelum saya, jadi, ia boleh memberi kesan yang sama pada Anda.
Mula hari ini juga !


 Source: iMotivasi 

Kepuasan Bekerja, Mana Satu Yang Lebih Memberi Kepuasan..

Cuaca di kk sekarang cerah, dan membuatkan saya bersemangat untuk menulis di blog hari ini. Banyak idea yang timbul, terutama untuk penulisan.
Petang ini, saya akan jadi lebih gembira bila pergi berenang di pusat Akuatik, Kompleks Sukan Likas.
Semalam saya tidur agak lewat, jam 4 lagi. Bangun sekejap untuk solat subuh, kemudian saya sambung tidur. Bangun semula jam 8 pagi. Beginilah rutin harian saya. Tidur jarang, tak pernah sampai 8 jam. Ada orang bertanya melalui email…
Secara jujur, buat masa ini saya bertumpu pada penjualan maklumat, jual eBook. Sebab, kosnya amat rendah dan untung berganda-ganda, tambahan pula delivery hanya menggunakan email kepada pelanggan saya walau di mana jua dia berada, janji boleh dapat capaian internet.
Nak buat ebook, sumbernya banyak, percuma dan boleh diperolehi dengan cepat. Tambahan pula, saya suka membaca.
Well, di post yang lalu saya dah banyak cerita tentang diri saya. Kali ni, lets straight to the point..saya ingin bercakap tentang kepuasan bekerja.
Sebenarnya saya seorang yang lebih suka buat kerja atas inisiatif sendiri, saya tak berapa “ngam” kalau bekerja disuruh-suruh dan diperlekeh atau diperbodoh-bodohkan. Ngam gitu-gitu boleh, tapi saya dah bosan dengan politik pejabat.
Dah banyak kali terjadi begini sewaktu saya di Astro dulu. Walaupun saya bekerja seprofessional yang mungkin, as pro as i can, tapi, saya masih tak dapat mengelak dari menjadi “mangsa” politik pejabat.
Oleh kerana saya yang paling muda, masih bujang dan hanya satu-satunya lelaki di bahagian Customer Service (sebab semuanya wanita berkahwin) saya sering di”buli”..
Kerja saya semakin bertimbun ( sebab diorang yang dah berkeluarga dan perlu balik awal, saya tolong siapkan), selain itu, kebanyakan silap yang berlaku dituding ke muka saya walaupun saya tak diberitahu awal-awal kerja tu saya yang buat, tetiba pula nama saya disebut.
Tak adil saya rasa. Ai, cemana nak bekerja dengan orang lain ni ya?
Secara jujur, memang saya begitu. Saya lebih suka discover sendiri tentang sesuatu, kalau tak faham juga, saya tanya. Tapi, kalau benda tu saya dah tau buat, tak perlu la saya disuruh-suruh lagi. Kalau untuk mengingatkan, saya ok.
Saya tak senang kalau orang tu asyik mengkritik kerja saya, rasanya macam bukan untuk membina tapi macam untuk menjatuhkan. Pulak tu, lagilah tak senang bila saya tak buat salah, tapi saya yang dipersalahkan. Sabar.
Tapi, bila saya perlu bekerja dalam satu pasukan, saya akan beri kerjasama penuh.
Walaupun saya terima apa saja kritikan, tapi kritikan yang terlalu kerap akan membuatkan saya tidak bersemangat. Ia akan membuatkan saya tidak produktif. Macam ada yang tak kena. Saya, atau pengkritik tu yang tak kena?
Syukur alhamdulilah, selama 4 tahun dalam bidang Sales & Customer Service, saya diketemukan dengan berbagai gelagat, ragam dan perangai orang. Ada yang ok, ada yang tak ok. Seribu satu macam. Tapi, itu membantu mematangkan diri saya. Menjadikan saya semakin bermotivasi dan semakin mahu memajukan diri, dari sehari ke sehari.
Bila saya rujuk Chinese Zodiac, saya sebenarnya sifat Monyet Batu atau Stone Monkey. Tak tau la detailnya cemana, tapi yang saya tau, bila bekerja saya suka mengubah sesuatu mengikut apa yang saya mau. Saya suka jadikannya “customized”..
Bila bekerja sendiri ni pula, saya rasa seronok, sebab saya tentukan sendiri waktu bekerja, buat apa yang saya mahu dan rasa amat gembira bila ada orang order eBook saya. Diwaktu petang, saya boleh berjalan-jalan dan gi benerenang di kala orang lain sibuk bekerja. Tiada boss dan supervisor yang akan memantau kerja-kerja saya.
Inilah Kepuasan Sebenar Bagi Diri Saya.
Dunia saya hanya buku, sukan dan muzik. Bersosial ada juga, tapi saya kawal masa untuk berjumpa kawan, bersembang kosong atau borak di kedai kopi.
Dengan rasa rendah diri, saya masih lagi mau tau banyak pasal internet, hal-hal teknikal dan pemasaran. Sebab itu saya lebihkan masa seharian di depan komputer untuk menulis, membaca dan buat segalanya tentang kerja.
Dulu saya tak macam tu, tapi semenjak gf sendiri menduakan saya, saya sabar, pasrah dan berserah saja. Mulai dari saat itu, saya mahu bila hidup yang lebih hebat. Saya berkata pada diri sendiri, ada hikmah disebaliknya.
Dengan itu saya buat keputusan…Saya Tak Mahu Hidup Biasa Lagi.

Bila saya tau gf saya ada lelaki lain, saya macam dah hilang selera nak bercinta untuk seketika. Bukan trauma, tapi saya mahu tumpukan tenaga untuk membina kehidupan sendiri yang lebih baik dari sekarang.

Kalau bercinta ni, jujurnya saya berkata, saya tak memilih, janji dia ada asas agama, bertudung, sederhana dan setia. Itu saja.
Untuk membantu keluarga, adik beradik dan orang lain, saya perlu menjadi yang terbaik telebih dahulu, barulah selepas itu saya boleh bantu diorang dengan hasil dari usaha saya. Buat masa sekarang, saya tak menolak cinta, saya terima juga, tapi biarlah menjadi kawan dulu. Itu lebih baik.
Fokus saya, membantu orang lain.
Seperti yang saya katakan tadi, untuk ke arah itu, saya perlu letak matlamat mahu menjadi yang terbaik. Dengan apa cara halal sekalipun, saya akan lakukan berbagai cara untuk mencapai matlamat saya, jika itu yang perlu.
Bila dah tercapai, saya akan ajar orang lain pula, bantu diorang bagaimana untuk mencapai matlamat diri diorang pula. Akhirnya, sebagai penutup bicara, itulah kepuasan sebenar bagi diri saya ini..
Muhasabah diri terlebih dahulu, apa niat kita bila bekerja…untuk dapat duit gaji semata-mata atau memenuhi kerjaya yang menjadi minat kita?


 Source: iMotivasi 

Great Ways to Find More Free Time

Free Time
There are so many demands on our time it is difficult to find the time to do the things we really love. There are consistently ways to fill up our day and if you are not careful they can rob you of all of your free time. There are ways that you can get it back.
• Take the time to step back and see if you are really doing what you want to do with your life. Examine your everyday routine and ask yourself if it is really working for you. Figure out which things you wish you could be doing but do not have time for right now.
• Make a very short list of those things that you wish you could be doing; there should be no more than five things on this list. This is what you will me making time for.
• Figure out the things that you do that waste time. This could be any number of things that seem important but they are not. Sometimes you just have to decide between watching television and pursuing your dreams.
• Schedule in the essential things that you want to pursue. Make an appointment for them just like you would anything else. You have to set aside blocks of time in your schedule every week. If exercise is the goal, the write it down in your weekly schedule whenever you want to do it. Then make sure that you keep this appointment with yourself.
• Learn how to say no. If you tell everyone yes all of the time you will never have time for the things that you love. You have to learn how to say no to people when they ask for your time and you are not truly interested.
• Use your evenings and your lunch hours. These are typically times when you are free to schedule what you want. Use this available time to do something constructive instead of catching up on gossip or watching television.

Source: Ineedmotivation 

Penggulungan Persidangan Pentadbiran Tahun 2009

TAHNIAH !! Kejayaan membantu semua organisasi di Manipal membuahkan hasil..... SELAMAT TINGGAL 2009...kenangan ini yang tidakkan dilupakan


Assalamualaikum dan Salam Hormat.

Adapun dirgahayu sebuah empayar yang unggul berlabuh dengan hanya sebuah istana dan kerajaan nya, tatkala usaha gigih dan cabaran kental tekun dihadapi, tatkala segala onak duri datang dirasai penuh kesabaran dan keiman maka sesungguhnya besarlah jiwa dan tenaga dan pemikiran negara yang berdaulat.

Wacana sang suria memberi nikmat tenaga dan ilham kepada mereka yang berusaha bersungguh-sungguh, kita percaya, bermulanya kejayan adalah ketika langkah pertama dibuka, sedikit demi sedikit kejayaan itu diberi pengiktirafan sebagai kedaulatan dan kebijaksanaan.

Mentari Pagi mengembangkan sinar menyuluh kegelapan pagi. Gelombang Nafiri Delima bagaikan melambai-lambai tentera-tentera yang bersungguh-sunguh menuntut ilmu kekebalan dalam perubatan. Burung-burung nuri berkicaun menyanyikan lagu alam. Cahaya disebalik celah-celah daun ketapang meberi peringatan perkara lepas, perkara sekarang dan perkara akan datang.

Mentari pagi mengembangkan sayapnya tatkala kegelapan lari membawa kesunyian. Pagi yang penuh kabus amat sejuk dengan embun pagi gugur ke tanah. Angin Bukit Kecelakaan bertiup permai menerbangkan daun-daun kering di atas pusara kekalahan. Sesungguhnya sebuah empayar bukanlah kebal dari melakukan kesilapan, tatkala itu universiti kehidupan mengajar kita erti kesinambungan.

Akhiran madah bicara, tahun ini mengajar kita erti persahabata, erti pemikiran kreatif, erti usaha keras, dan erti kesabaran. Sesungguhnya masa hadapan masih berliku-liku dengan cabaran dan dugaan. Semoga tahun 2010 menjadi landasan kecemerlangan gemilang dan diberkati.

Hak Cipta Terpelihara: EMPIRE MAHARAJA 2009