Sekali lagi saya ditanya, jika artikel-artikel motivasi kat sini semuanya percuma, kenapa ada iklan? Jawapan saya, duit hasil iklan tu saya gunakan untuk beli buku setiap bulan, spesifiknya saya habis baca 2 buku dalam1 minggu. Satu darinya adalah buku motivasi.
Oleh kerana blog iMotivasi.com kerap diupdate, saya kena sedia sejumlah wang dari blog untuk membayar ruang hosting yang lebih besar bagi menampung jumlah artikel yang semakin bertambah (selain menampung bilangan pengunjung yang semakin ramai). Heran juga kenapa ramai pembaca tanya soklan ni, mungkin mereka dari kalangan bloggers.
Sekurang-kurangnya, blog iMotivasi.com boleh berdiri sendiri sebagai sebuah “sustainable entity” tanpa suntikan modal berkali-kali daripada saya sebagai pemiliknya. Semua sumber kewangan datang dari sumber dalaman blog, mengalir semula ke blog itu juga dalam bentuk informasi. Semuanya percuma, untuk kebaikan bersama.
Tutup cerita pasal blog, meh kita cerita pasal fikiran positif pulak. Isu paling terkini, cemana nak menten fikiran positif bila pagi-pagi lagi dah kena marah? Caranya, jangan respon pada kemarahan tu, jangan balas balik dan jangan layan lama-lama.
Orang marah habis kat kita sebab dia nak lepas geram yang dah lama tersimpan. Maybe dia geram pada perkara-perkara tertentu dalam hidupnya. Geram dulu, dia bawak ke masa sekarang.
Dia simpan rasa geram tu. Jadi, bila ada peluang, bila dia naik marah, dia lepas. Geram yang dulu dan geram yang sekarang dia kumpul semuanya, pastu dia lepas sekaligus ngan kita, macam gunung berapi yang baru meletus. Panas, hangat, menyakitkan.
Bila orang marah kita, apa nak buat? Senyum saja. Mesti dia berhenti marah punya. Kita pula lepas dimarah, diherdik, jangan terus monyok bercampur bad mood sampai ke malam. Barulah fikiran positif kita tak luntur habis. Fikiran positif senang nak dijaga, cuma kekalkan keseronokan, rasa cinta, kemaafan dan rasa gembira sepanjang hari.
Kita menjadi apa yang kita fikirkan.
Source: iMotivasi

0 comments:
Post a Comment