Kawalan diri adalah pantauan sepenuhnya ke atas emosi, tindakan, perilaku, kata-kata dan buah fikiran. Kawalan diri bermaksud kita mengawal apa yang kita ucapkan, apa yang bermain di fikiran, gambaran minda dan respon kita pada situasi-situasi di sekeliling.
Kawalan diri terbaik adalah kawalan diri positif. Dengan mengamalkan kawalan diri positif, kita melatih diri kita untuk jadi berdisiplin terutama dalam mengawal tanggapan liar yang bermain di fikiran, kata-kata dalam hati, komunikasi dalaman dengan diri sendiri (innner communication) dan komunikasi dengan orang lain, iaitu komunikasi luaran (outer communication).
Orang yang mengawal dirinya, adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik. Sebagai orang Melayu beragama Islam, untuk mempunyai kawalan diri yang amat baik, sebaiknya kita bermula denagn membentuk diri menjadi muslim terbaik.
Kita mengamalkan sikap sabar, berhemah dalam membuat keputusan, bersikap baik dalam pergaulan, murah dengan senyuman dan keramahan. Orang yang cepat marah, cepat panas hati dan selalu melemparkan kata-kata kesat adalah orang yang kurang kawalan diri.
Sebab, dia tidak mengawal emosi, tidak mengawal kata-kata dan tidak mengawal rasa marah yang meluap-luap. Itu menandakan dia tidak memilih untuk mengawal dirinya, sebaliknya membiarkan situasi disekeliling menguasai dirinya, hingga menyebabkan diri cepat naik marah.
Bila kita sudah mahir mengawal diri, kita akan mahir mengawal apa yang ada di fikiran. Kita akan dapat menepis fikiran-fikiran negatif disamping bertahan apabila berdepan emosi-emosi negatif yang datang dari persekitaran tempat kita berada.
Sumber: Imotivasi

0 comments:
Post a Comment